Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

Terlibat 302 kes samun setahun


SHAH ALAM - Perbuatan tiga lelaki bersenjata parang menyamun seorang wanita di Kajang kelmarin berbalas apabila mereka diberkas kira-kira lima jam kemudian dalam operasi Ops Cantas Khas di sebuah hotel di ibu negara.
Turut ditahan dalam operasi pada pukul 11.45 pagi itu ialah empat lelaki termasuk dua adik-beradik yang berusia 19 hingga 31 tahun.
Bersama tangkapan itu, polis merampas pelbagai barangan disyaki hasil samun seperti telefon bimbit, barangan kemas dan wang dengan nilai keseluruhan RM500,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sebelum diberkas, tiga daripada suspek itu menyamun seorang suri rumah berusia 30 tahun yang sedang bersenam di hadapan rumahnya di Taman Rimbun Hijau Country Heights, Kajang pada pukul 6.45 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2fwIeSOLG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment