Search This Blog

Sunday, September 29, 2013

Sindiket pertaruhan RM800,000 terjerat


Seremban: Satu sindiket perjudian nombor ekor yang menyediakan pertaruhan dianggarkan mencecah sehingga RM800,000 sebulan tumpas apabila sebuah banglo yang dijadikan markas operasi mereka di Seremban 2, dekat sini, diserbu polis Rabu lalu.

Serbuan dilakukan jam 7 malam hasil risikan dan intipan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang mendapati sindiket terbabit aktif sejak tiga bulan lalu.


Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan tiga wanita berusia lingkungan 21 dan 35 tahun yang ketika itu sibuk mengira wang pertaruhan.

Beliau berkata, pihaknya percaya banglo berkenaan dijadikan pusat mengira pertaruhan nombor ekor haram. yang dihantar oleh ejen nombor ekor haram melalui faksimili.


“Siasatan mendapati ejen nombor ekor haram akan menghantar nombor pertaruhan dibeli pelanggan melalui faksimile ke pusat ini sebelum pekerja yang diupah memasukkan nombor pertaruhan dalam sistem perjudian untuk dihantar ke pusat judi lebih besar.


“Siasatan awal mendapati mereka menyediakan nilai pertaruhan sehingga RM60,000 sehari dan RM200,000 seminggu. Dianggarkan, dalam sebulan sindiket itu mampu menerimajumlah pertaruhan mencecah RM700,000 hingga RM800,000,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/28

No comments:

Post a Comment