Keadaan mesin ATM yang rosak selepas dipotong tiga lelaki bertopeng di pusat beli-belah Kiara Square Bahau, semalam. Bandar Baru |
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, ketiga-tiga suspek menggunakan mesin pemotong selepas menyerang pengawal keselamatan berusia 60 tahun di luar bangunan itu sebelum mengheretnya masuk.
Timbalan Ketua Polis Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman, berkata suspek yang dianggarkan berusia 30 hingga 40 tahun itu kemudian mengikat kaki dan tangan pengawal terbabit sebelum memotong ATM itu.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang daripada suspek memotong ATM berkenaan sambil rakannya mengawasi keadaan. Mereka kemudian mengambil wang tunai RM295,000 dan melarikan diri.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada pengawal terbabit dan masih menyiasat lanjut kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment