Search This Blog

Monday, September 30, 2013

Polis buru warga asing kes pecah rumah


Abdul Makti Abdul Rani dan Siti Noh Yusof melakonkan semula ketika mereka diikat oleh penyamun dalam kes pecah rumah di Kampung Bukit Genting, Jerantut, Pahang, semalam.
JERANTUT 30 Sept. - Polis memburu empat lelaki dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Bukit Genting di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, empat lelaki terbabit yang bersenjatakan parang dan menutup muka melarikan barangan mangsa bernilai kira-kira RM1,600.
"Penjenayah terbabit memasuki rumah mangsa melalui tingkap di bahagian dapur dan menerkam serta mengikat ketiga-tiga mangsa di dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
"Suspek telah menyelongkar tiga bilik di rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM800, telefon bimbit dan set permainan 'Play Station'," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, seorang mangsa, Siti Noh Yusof, 58, ketika ditemui berkata, dia disepak di bahagian punggung dan lehernya diacukan dengan parang setelah merayu supaya penjenayah terbabit tidak memukul suaminya, Abdul Makti Abdul Rani, 67, yang mengidap sakit jantung.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika dia bersama suami serta seorang cucunya, Mohd. Zafrin Aiman Zambri, 10, sedang tidur.
"Tiba-tiba saya terkejut apabila pintu bilik tidur kami ditendang dengan kuat oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dan menutup muka. Saya terus kejutkan suami kerana takut," katanya.
Siti Noh berkata, tiba-tiba seorang penjenayah terbabit menyepak punggungnya dan meletakkan parang di leher sambil berkata 'mahu hidup atau mati'.
Katanya, suspek kemudian mengikat tangannya dan suami sambil bertanya di mana tempat simpanan wang dan barangan kemas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131001/je_08/Polis-buru-warga-asing-kes-pecah-rumah#ixzz2gSuNZeAk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment