Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mayat lelaki itu ditemui orang awam yang melalui kawasan perkuburan itu pada pukul 8.40 pagi.
"Berdasarkan keadaan mayat yang mulai mereput, kami percaya lelaki dalamlingkungan umur 40-an itu telah mati dua atau tiga hari lepas," katanya di sini.
Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui, katanya yang meminta mereka yangkehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supayamenghubung balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
No comments:
Post a Comment