Raja Norhayati Raja Lup, 40, berkata, dia terus menghampiri keretanya untuk memeriksa keadaan dan mendapati bahagian but kereta turut diumpil.
Tidak menduga kejadian sedemikian boleh berlaku, Raja Norhayati bersyukur kerana telah beringat dari awal dan tidak pernah meletakkan barangan berharga dalam kenderaan.
Menurutnya, walaupun kejadian seumpama itu belum pernah terjadi sebelum ini, dia sentiasa memastikan keretanya dikunci sebelum tidur.
"Kejadian pada pagi itu benar-benar mengejutkan saya kerana sebelum kejadian, saya telah mengunci kereta seperti biasa, sebelum masuk ke dalam rumah.
"Saya akan lebih berwaspada selepas ini kerana bimbang kejadian ini berulang," katanya kepada Sinar Harian.
Raja Norhayati memaklumkan, keretanya diletakkan hanya enam meter di seberang jalan dari kediamannya dan ia telah menjadi rutin hariannya sejak sekian lama.
Katanya, dia yakin keretanya gagal dilarikan apabila penjenayah menyedari kehadiran penduduk di kawasan rumahnya yang terletak di tepi jalan.
"Saya hanya mendengar kejadian rumah penduduk dimasuki pencuri sebelum ini dan kejadian seumpama ini pula merupakan kali kedua berlaku di sini. Kejadian pertama berlaku pada malam sebelumnya.
"Saya harap anggota keselamatan dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan ini terutama selepas jam 2 pagi. Selepas kejadian ini saya sekeluarga bimbang rumah kami turut dimasuki pencuri," katanya.
No comments:
Post a Comment