Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

Ketua Polis P. Pinang dapat SMS ugutan

GEORGE TOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada individu tidak dikenali dipercayai bertujuan menakut-nakutkan mereka.
Mereka dipercayai menerima SMS berkenaan ekoran rasa tidak puas hati atas kejayaan polis yang kerap menumpaskan kegiatan penjenayah termasuk kejadian polis menembak mati lima penjenayah dipercayai ahli kongsi gelap Geng 04 pada Ogos lalu.
Abdul Rahim yang memulakan tugas baharunya Julai tahun lalu dikatakan menerima SMS berkenaan ketika beliau berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini pada pukul 9 pagi Isnin lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2fwKEOHFC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment