Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

Kebumi satu liang lahad



PENDUDUK kampung mengusung salah satu daripada empat jenazah yang terkorban dalam nahas di Kajang kelmarin untuk dikebumikan di Kuala Nerang semalam.


KUALA NERANG – Jenazah seorang guru Pendidikan Islam dan tiga anaknya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Selangor kelmarin selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tongplus di sini semalam.
Jenazah Rohaya Md. Rabi, 35, dan tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda Mohd. Taufid, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, dikebumikan pada pukul 10 pagi sebaik tiba dari Hospital Serdang, Selangor.
Tinjauan mendapati, rumah keluarga Rohaya di Kampung Tanjung Luar di sini sesak dengan sanak saudara yang menziarahi jenazah empat beranak itu.
Bapa Rohaya, Md. Rabi Ariffin, 60, berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada lapan beradik itu bersama tiga cucunya sekali gus.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Aidilfitri lalu dan arwah sempat membelikan penapis air untuk dipasang di rumah bagi melegakan masalah sakit lutut saya.
“Arwah merupakan seorang anak yang baik dan bertanggungjawab dengan membantu menanggung pengajian adik-adiknya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan, empat beranak tersebut maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dalam kemalangan pada pukul 11.45 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2eYxma02K 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment