Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

Kebocoran gas ammonia: Operasi kilang dihentikan


 2013/09/26
IPOH: Operasi kilang ayam madu di kawasan perindustrian seramik Chemor di sini yang mengalami kebocoran gas ammonia dihentikan sehingga pagi esok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan lebih 250 pekerja di kilang itu.
Menurutnya bomba menerima panggilan jam 5.41 petang sebelum tiba di tempat kejadian sembilan minit kemudian.

"Kebocoran gas dikesan berlaku di kawasan penyimpan stor kilang berkenaan. Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya jam 6.49 petang," katanya.


Menurutnya, setakat ini tiada aduan masalah pernafasan atau laporan kemalangan jiwa membabitkan pekerja.


No comments:

Post a Comment