Search This Blog

Friday, September 6, 2013

KDN kenal pasti ahli kongsi gelap sertai politik


KOTA KINABALU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti nama individu yang dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan dikatakan turut bergerak aktif dalam parti politik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu itu sekiranya mereka didapati terlibat dalam kegiatan haram tersebut.
"Kalau mereka bekas (ahli kongsi gelap) bererti mereka telah bertaubat, jadi tidak adil kita mengaitkan kumpulan itu dengan mereka lagi.
"Sekiranya siasatan mendapati mereka masih mempunyai hubungan dengan pertubuhan atau ahli-ahli kongsi gelap, kita akan dedahkan nama mereka dan ambil tindakan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2e6dyJkzY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment