Search This Blog

Friday, September 6, 2013

Imigresen tahan 70 GRO asing

Imigresen tahan 70 GRO  asingPegawai Jabatan Imigresen memeriksa beberapa GRO warga asing di sebuah pusat hiburan dalam Operasi Bersepadu 6P di Stulang Laut, Johor Bahru, malam kelmarin. 

Johor Bahru: Jabatan Imigresen Johor menahan 70 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Stulang Laut dekat sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 malam menerusi Operasi Bersepadu 6P itu, GRO berusia 22 hingga 35 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan.
Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul, berkata serbuan dilancarkan selepas pihaknya menerima maklumat awam dan hasil risikan mengenai GRO warga asing yang dilaporkan sering bertumpu di pusat hiburan terbabit.


Leka layan pelanggan

“Ketika serbuan dijalankan, semua GRO itu sedang leka melayan pelanggan masing-masing sebelum cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun gagal kerana kita sudah mengepung semua pintu masuk dan keluar premis berkenaan.

Salah guna pas lawatan

“Selain itu, beberapa GRO juga bertindak nekad untuk melarikan diri ketika dibawa ke trak Jabatan Imigresen tetapi berjaya dihalang anggota penguat kuasa,” katanya.
Masri berkata, 62 GRO dari Vietnam, tujuh dari China dan seorang warga Korea itu disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahguna pas lawatan.

Katanya, kes terbabit juga disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan semua tahanan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment