Search This Blog

Monday, September 30, 2013

Bunuh bapa untuk warisi harta



Nanjing: Seorang wanita di sini ditangkap kerana di wakwa menggunakan khidmat pembunuh upahan untuk membunuh bapanya bagi membolehkan dia mewarisi harta lelaki itu.

Polis menangkap wanita berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya Hu dan seorang suspek pembunuh upahan berusia 19 tahun bernama Zheng, lima jam selepas mayat bapa Hu ditemui mati di kediamannya, kelmarin.


Hu didakwa menghubungi Zheng menerusi Internet dan menawarkannya sejumlah wang untuk membunuh bapanya selepas mereka bertengkar.

Menurut ibu Hu yang sudah bercerai dengan mangsa sejak lebih 20 tahun lalu, anaknya merancang pembunuhan itu untuk mendapatkan harta si mati.


Menurut akhbar Modern Express, mendapatkan khidmat pembunuhan di China begitu mudah. Seorang wartawan yang menyamar pelanggan hanya diminta membayar 100,000 yuan (RM50,000), harga biasa bagi membunuh seseorang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/30

No comments:

Post a Comment