Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

8 ahli Geng 36 antara 17 ditahan polis


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Lapan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng 36, adalah antara 17 individu yang ditahan dalam Ops Khas Narkotik di Cheras dan Sentul pada 21 September sehingga semalam.
Dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu 1.5 kilogram ganja, heroin (600 gram) dan syabu (50 gram) yang dianggarkan bernilai RM60,000 selain alat penimbang digital, sejumlah senjata tajam, selaras senapang angin dan wang tunai berjumlah RM3,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil siasatan mendapati lapan ahli kumpulan Geng 36 itu pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, terlibat kes gaduh berkumpulan dan merupakan penagih serta pengedar dadah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130927/je_03/8-ahli-Geng-36-antara-17-ditahan-polis#ixzz2g2Ca3jUq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment