Search This Blog

Thursday, August 1, 2013

Tragedi ngeri lima sahabat karib



BEGINILAH keadaan MPV jenis Honda Odyssey yang remuk selepas terlibat dalam nahas hingga meragut lima nyawa di Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA - Ibarat medan perang. Begitulah gambaran mayat empat daripada lima sahabat karib yang ditemui bergelimpangan pada jarak lima meter antara satu sama lain selepas masing-masing tercampak keluar dari kereta dalam satu kemalangan ngeri semalam.
Kejadian di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Itam berhampiran Senai pada pukul 2.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20, dari Melor, Kelantan; Hairul Adham Hamidan, 21, dari Klebang Besar, Melaka; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19, dari Taman Setia Tropika, Johor Bahru; Nor'ain Alias, 23, dari Bandar Mas, Kota Tinggi dan Siti Sabariah Mohd. Norddin, 24, dari Temangan, Kelantan maut di tempat kejadian.
Nazierul Khalies merupakan penuntut tahun satu Universiti Kuala Lumpur dalam jurusan Kejuruteraan Marin. Hairul Adham pula bekerja di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment