Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Tiga polis antara 5 maut

Foto
KEADAAN pikap yang bertembung dengan kereta polis.
Foto
KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.
Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta peronda polis dengan pacuan empat roda, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham, semuanya dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, maut di tempat kejadian.
Dua penumpang pacuan empat roda yang turut maut ialah Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45.

Seorang lagi anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan serta tiga individu termasuk pemandu pacuan empat roda itu, parah dan menerima rawatan di Hospital Beluran.

Empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki kereta peronda jenis PROTON Waja itu dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas tugasan penguatkuasaan di Telupid.

Arah bertentangan

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda dinaiki lima individu yang datang dari arah bertentangan.
Berikutan pertembungan itu, tiga anggota polis trafik serta dua penumpang pacuan empat roda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan selepas tersepit di celah remukan kenderaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Shivanathan Velautham ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment