DATUK Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menunjukkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap termasuk tiga kumpulan yang dikenal pasti merbahaya iaitu Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 pada sidang media di Kompleks D, Putrajaya, hari ini. - Foto Abd Rahim Rahmat Putrajaya: Geng 04, Geng 08 dan Geng 36 disahkan kongsi gelap paling berbahaya dan aktif dalam jenayah keganasan antara 49 kumpulan samseng yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seramai 28,926 ahli kongsi gelap membabitkan kaum India, Cina (8,214), Melayu (1,923) dan selebihnya pelbagai kaum dan etnik di Sarawak dan Sabah yang menyumbang jumlah keseluruhan 40,313 ahli di seluruh negara.
Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
Bil Nama Pertubuhan Lokasi Aktiviti 1 Geng 04 Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur 2 Geng 08 Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka 3 Double 7 Seluruh Semenanjung Malaysia 4 Tiga Line Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak 5 Geng 30 Seluruh Semenanjung Malaysia 6 Geng 38 Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru 7 Geng 24 Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor 8 Geng 18 Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor 9 Geng 36 Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur10 Geng 21 Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur 11 Ang Soon Thong Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 12 Wah Kee Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor 13 Sio Sam Ong Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor 14 PNEH Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor 15 Hong Hong San Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur 16 Hai San Aktif di Perak 17 Siang Ang Bin Aktif di Kuala Lumpur 18 New Cell 20 Aktif di Perak 19 Jit It Hai Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak 20 Sio Koon Tong Bergiat di satu kawsan saja iaitu di Johor 21 Gee Lam Kor Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur 22 Gee Ah Eng Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur 23 Loh Kuan Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur 24 Tiang Yee Tong Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur 25 Geng Leng Hor Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur 26 Geng 35 Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang 27 Geng 303 Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor 28 Geng Satu Hati Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air 29 ATAP Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah 30 Hung Ann Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah 31 Sui Yuk Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah 32 Otai Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah 33 Borneo Red EMP Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah 34 Ah Ngau Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 35 Batu Tiga Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 36 Ah Feng Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 37 Batu 10 Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 38 Sibu Ti Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 39 Ah Seng Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak 40 Ah Chin Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 41 Lee Lung Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak 42 Lo Han Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak 43 Sg Merah Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak 44 Sg Badut Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak 45 Ting Ching Lee Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak 46 Tua Cak Lee Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak 47 Teksi Station Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak 48 Pintu Merah Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak 49 Krokop Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata Geng O4, 08 dan 36 yang terbabit dalam jenayah berat seperti bunuh, memiliki senjata api serta pengedaran dadah, mempunyai pengikut paling ramai dan beroperasi sepenuhnya di Semenanjung.
Kita tidak nafikan sebahagian besar kejadian jenayah tembak dan pembunuhan sebelum Operasi Cantas Khas (Op Cantas) digerakkan secara besar-besaran 17 Ogos lalu, didalangi dan dilakukan kumpulan kongsi gelap kerana persengketaan atau rasa tidak puas hati.
Guna senjata berbahaya
Mereka yang menganggotai kumpulan ini dilaporkan berbahaya kerana turut menggunakan senjata api, peralatan tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan senjata lain untuk kegiatan mereka, katanya pada sidang media Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia, di sini, semalam.
Jenayah lain dilakukan kumpulan kongsi gelap adalah pemerasan wang perlindungan, menjaga atau mengawal parkir di kawasan mereka, menjaga atau mengawal pusat hiburan (bouncer), menarik kereta yang gagal dibayar peminjam bank, mencederakan dan melakukan ugutan serta terbabit dalam pergaduhan antara kumpulan.
Abdul Rahim turut memberitahu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Ogos lalu sudah mengisytiharkan semua 49 kumpulan berkenaan sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam apa juga aktiviti kumpulan atau pertubuhan kongsi gelap serta menggunakan semula tulisan, panji (logo, pelekat dan bendera) atau tanda, dianggap melakukan kesalahan dan akan disiasat serta didakwa di mahkamah.
No comments:
Post a Comment