Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Suspek bunuh 350 orang ditangkap


Mexico City: Polis Mexico semalam menangkap seorang bekas anggota kanan kartel dadah Sinaloa yang dituduh terbabit dalam pembunuhan lebih 350 orang yang ditemui dalam beberapa kubur besar pada 2011.

Polis di negeri Chihuahua menahan Mario Nunez, 39, yang juga dikenali sebagai ‘M-10’ di Ciudad Juarez.


Nunez yang juga bekas anggota polis mula bekerja dengan Kartel Juarez sebelum menyertai kumpulan Sinaloa yang diketuai oleh orang paling dikehendaki di Mexico, Joaquin Guzman. Kerajaan menuduh Nunez bertanggungjawab terhadap keganasan dadah yang menyaksikan pembunuhan dilakukan secara berleluasa, termasuk pada siang hari, serang hendap terhadap polis dan penculikan di Ciudad Juarez yang bersempadan dengan El Paso, Texas, Amerika Syarikat.

Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa Guzman yang dikenali sebagai ‘El Chapo’ mengambil Nunez bekerja dengannya dan ditugaskan merampas kawasan penyeludupan yang dikuasai Kartel Juarez.


Ia dilakukan dengan tindakan membunuh secara kejam.


Kerajaan Mexico berkata, perebutan kuasa antara Nunez dengan seorang lagi anggota kanan dadah pada 2011 menyebabkan pembunuhan 350 orang yang mayat mereka ditemui dalam 23 kubur besar di Durango, utara Mexico.

Nunez turut dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat. - Agensi

No comments:

Post a Comment