Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Suami isteri ditahan cuba seludup gading RM1.6 juta



BERPULUH-PULUH gading gajah yang dirampas dari sepasang suami isteri warga Vietnam dirakam lensa petugas media di Bangkok, Thailand semalam.- AFP


BANGKOK - Polis Thailand menangkap sepasang suami isteri warga Vietnam yang disyaki cuba menyeludup lebih 100 gading Afrika ke Kemboja melalui bandar raya ini, kata beberapa pegawai semalam.
"Ini kali pertama kami menangkap rakyat Asia yang dipergunakan untuk menyeludup gading gajah dari Afrika ke Asia," kata Timbalan Pengarah Kastam, Yuttana Yimgurund.
Menurutnya, cubaan menyeludup gading sebelum ini kerap menggunakan warga Afrika sebagai penyeludup.
Pham Ngoc Tuan dan isterinya, Pham Thi Kim Chi ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kelmarin selepas sepasukan anggota kastam menemui 23 bilah gading gajah Afrika dalam empat beg yang mereka bawa.
Pasangan itu yang berdepan hukuman penjara empat tahun jika didapati bersalah terbang ke sini dengan menaiki Penerbangan Habsyah dari Angola.
Mereka telah menempah tiket penerbangan dari Bangkok menuju ke Siem Reap di barat Kemboja.
Keseluruhan gading seberat 105 kilogram itu dipotong menjadi bilah sepanjang 30 sentimeter dan bebola ukiran untuk kalung.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah AS$500,000 (RM1.6 juta). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2dVmtjo7N 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment