Search This Blog

Thursday, August 1, 2013

Shafee menang saman RM300,000


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan editor portal MalaysiaToday, Raja Petra Kamarudin membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada peguam terkemuka Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataan fitnah.
Penolong Kanan Pendaftar, Farah Hana Hashim turut mengarahkan Raja Petra membayar kadar faedah lima peratus bermula tarikh penghakiman sehingga bayaran penuh dijelaskan.
Pada 10 Februari 2011, Muhammad Shafee berjaya mendapatkan penghakiman dalam saman terhadap Raja Petra di atas tiga artikel berunsur fitnah di laman web MalaysiaToday pada Ogos 2008.
Tiga artikel tersebut ialah bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.
Artikel-artikel itu disiarkan pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008.

No comments:

Post a Comment