Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Pihak berkuasa Sri Lanka rampas heroin AS$6.1 juta

COLOMBO 31 Ogos - Pasukan kastam dan polis Sri Lanka merampas 100 kilogram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai AS$6.1 juta (RM19.8 juta) dalam satu serbuan, di sini semalam.
Menurut pihak berkuasa, serbuan itu dilakukan selepas tiga rakyat negara ini dan seorang warga Pakistan ditahan ketika cuba mendapatkan kelulusan kastam terhadap sebuah kontena yang dikatakan berisi minyak gris.
Hasil siasatan mendapati kontena tersebut dipenuhi heroin. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130831/lu_09/Pihak-berkuasa-Sri-Lanka-rampas-heroin-AS61-juta#ixzz2dYkHs8Kg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment