Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Pelajar kena jangkitan kencing tikus

Pelajar kena jangkitan kencing tikus
Mohd Najmuddin (kanan) dan isterinya ketika melawat Nur Hasya yang disyaki dijangkiti virus leptosiprosis di Hospital Pakar Ipoh, semalam. Ipoh: Seorang pelajar cemerlang dimasukkan ke hospital di sini selepas demam sejak 22 Ogos lalu akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Nur Hasya Rushaida, 15, yang juga anak Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar, Datuk Mohd Najmuddin Elias al-Hafiz, dimasukkan Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) sejak Selasa lalu.
Keadaan mangsa yang juga anak saudara kepada pendakwah terkenal, Ustaz Khazim semakin serius manakala adiknya Nur Sakinah Hayani, 13, yang mengalami masalah sama sudah pulih.


Najmuddin berkata, beliau membawa Nur Hasya Rushaida yang belajar di Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, untuk pemeriksaan lanjut apabila keadaan anak ketiganya itu yang sering demam pada waktu malam, semakin teruk.

Katanya, hasil ujian pada sampel darah diambil menunjukkan anaknya itu positif virus kencing tikus.

Najmuddin reda

Namun, pihak hospital masih menjalankan beberapa ujian melalui air kencing dan najis anak saya untuk mengenal pasti punca sebenar jangkitan itu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan, semalam.
Beliau berkata, Nur Hasya Rushaida yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini berada dalam keadaan tidak normal kerana anaknya itu tidak memberi reaksi walaupun dipanggil berulang kali.

Malah, selera makannya juga berkurangan sejak dia dimasukkan ke hospital, katanya.

Najmuddin yang reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan anaknya.

No comments:

Post a Comment