Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Niat bantu mangsa samun jadi tragedi

KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.

Kuala Lumpur: Niat baik dua lelaki membantu seorang mangsa samun di depan pos pengawal kondominium di Taman Cempaka di sini awal pagi semalam bertukar tragedi apabila kenderaan mereka secara tidak sengaja melanggar mangsa jenayah itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, lelaki terbabit yang masing-masing berusia 21 dan 23 tahun menaiki kereta melihat seorang wanita disamun dua suspek yang menaiki motosikal lalu berhenti dan mengundurkan kenderaan mereka dengan laju.
Mangsa adalah seorang kakitangan syarikat penerbangan dan dipercayai baru pulang kerja ketika kejadian.

Bagaimanapun, kenderaan mereka melanggar mangsa samun itu menyebabkan dia cedera parah manakala dua penjenayah terbabit melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta oleh kedua-dua lelaki berkenaan tetapi disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Polis telah mengambil keterangan lima saksi kejadian termasuk dua lelaki berkenaan, pengawal keselamatan dan seorang adik mangsa, katanya. Polis mengkelasifikasikan kematian mengejut.

Amiruddin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment