Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Nenek, 2 cucu mati dibunuh

Nenek, 2 cucu mati dibunuhUnit forensik memeriksa lokasi kes bunuh di Taman Dengkil Jaya. (Gambar kecil) Kugan. - Foto Fariz Iswadi Ismail Dengkil: Tiga bersaudara ditemui mati di rumah mereka di Taman Dengkil Jaya, di sini, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang disembelih, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muniamah, 64; cucu lelakinya Kugan, 21, dan cucu angkat Muniamah, Yamuni, 2, yang ditemui kira-kira jam 2 petang oleh seorang ahli keluarga mereka.
Muniamah yang dipercayai ditikam ditemui di ruang tamu, manakala Kugan dan Yamuni dijumpai di bilik lain, dalam keadaan berlumuran darah.


Kugan mempunyai kesan tikaman, manakala Yamuni dikelar lehernya.

Siasat motif pembunuhan

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis juga tidak menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Siasatan awal juga tidak menemui tanda jenayah lain, termasuk samun atau pecah rumah, katanya. kepada media di lokasi kejadian, semalam.

Imran meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Asisten Superintendan Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.

Kakak angkat kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai V Gomathy, 20-an, berkata dia terkejut dan sedih melihat mayat Yamuni dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan cedera parah di leher.

Katanya, dia menemui ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah kira-kira jam 2 petang semalam selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.

Tak dapat masuk rumah

Beliau berkata, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar rumah dan mendakwa tidak dapat masuk kerana pintu dikunci.

Saya cuba memanggil nenek menerusi tingkap, namun tidak berjawab dan saya cuba menolak pintu rumah sekuat hati. Sebaik pintu terbuka, saya dapati nenek terbaring di sebalik pintu.

Sebaik pintu dibuka sepenuhnya, saya dapati nenek sudah tidak bernyawa, baju yang dipakai dibasahi darah, selain terdapat kesan kelar di dahi dan beberapa bahagian badan.

Saya masih trauma dengan kejadian ini dan sukar menerima hakikat kehilangan tiga orang insan tersayang dalam sekelip mata, katanya.

Jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa mendengar bunyi bising dari rumah mangsa pada jam 10.30 pagi semalam.

Ketika sedang memasakdi dapur, saya dikejutkan dengan bunyi bising, termasuk jeritan dan beberapa bunyi hentakan pada dinding dari rumah mangsa, namun saya sangkakan hanya pergaduhan biasa, tidak pula terfikir akan berlaku seperti ini, katanya.

No comments:

Post a Comment