Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Memang terpaksa rempuh rumah

Bagan Serai: “Saya hanya sempat memeluk erat anak saudara sebaik menyedari kenderaan dipandu akan merempuh rumah itu,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Oii, 22, yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Siakap, Parit Sulaiman, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa terpaksa melanggar rumah berkenaan selepas mengelak dari merempuh penunggang motosikal yang keluar dari simpang berhampiran.

Mangsa yang ditemui berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Kurau selepas mengambil anak saudaranya pulang dari sekolah.
“Sewaktu melalui kawasan itu, sebuah motosikal ditunggang seorang remaja tiba-tiba muncul dari persimpangan Parit Sulaiman, di sini, secara mengejut.

“Saya panik dan berusaha mengelak dari melanggar motosikal itu. Bagaimanapun, kereta yang saya pandu terbabas sebelum melanggar tiang dan bahagian hadapan sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan bumbung hadapan rumah penduduk terbabit runtuh manakala remaja yang menunggang motosikal itu turut cedera akibat terjatuh.
“Kami hanya mengalami cedera ringan, namun masih trauma dengan insiden yang nyaris meragut nyawa penunggang motosikal itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Dia bagaimanapun terkejut dengan bunyi dentuman kuat pada bumbung sebelum mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna model Toyota Innova merempuh tiang hadapan rumah hingga runtuh.

No comments:

Post a Comment