Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Mayat lelaki dalam kereta nyaris dihumban ke lombong


Kuala Selangor: Gelaran lombong Sungai Darah yang diberikan penduduk terhadap sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, sebelum ini, nyata menjadi lokasi menggerunkan apabila seorang lelaki ditemui dibunuh sebelum mayatnya diletakkan dalam kereta dan cuba dijunamkan ke dasar lombong itu, semalam.

Bagaimanapun, usaha pembunuh yang cuba menghilangkan mayat mangsa, Syairul Helmi Azhar, 24, gagal apabila seorang saksi yang juga pengawal keselamatan di kawasan berhampiran melihat kereta berkenaan hampir terbenam dengan pengelap cerminnya masih berfungsi.


Pengawal terbabit, S Ekambaram, 69, berkata, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta terjunam ke dalam lombong dan kejadian itu yang pertama disaksikannya sejak lima tahun bertugas di situ.

“Mula-mula saya nampak pengelap cermin kereta itu masih bergerak sebelum terjunam. Saya memaklumkan kejadian itu kepada pegawai syarikat tempat saya bekerja sebelum menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Muhd Taib Ahmad, berkata mayat Syairul dijumpai di lantai tempat duduk belakang kereta dengan luka tikaman pada rusuk kanan belakang badannya.


“Kami memperoleh maklumat awal daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan itu pada jam 9 pagi dan polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan sengaja diletakkan dalam Proton Saga FLX warna putih ini.

“Kereta itu dipercayai bukan milik mangsa dan mangsa bekerja sendiri serta masih bujang.


“Kami turut menemui batu besar di tempat pemandu yang dipercayai diletakkan di bahagian klac untuk memastikan kereta bergerak lalu terjunam,” katanya.

No comments:

Post a Comment