NAIROBI 30 Ogos - Sebuah kotak yang berisi kepala dan dua tangan manusia berserta satu nota ugutan bunuh ditemui di luar bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Kebangsaan, di sini semalam.
Akhbar The Standard hari ini melaporkan, nota ugutan tersebut ditujukan kepada Ketua Polis Kenya, Johnston Kayuludi dengan amaran berbunyi 'Kayuludi, anda orang seterusnya'.
Polis turut menemui satu mayat tanpa kepala di kawasan penempatan Ruai dan akan melakukan siasatan jika mayat itu mempunyai kaitan dengan kepala yang diletakkan di dalam kotak berkenaan. - dpa
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130831/lu_08/Kepala-tangan-manusia-ditemui-di-luar-ibu-pejabat-polis-Kenya#ixzz2dYkWo2Ep
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment