Search This Blog

Friday, August 30, 2013

Kebakaran: Lima keluarga hilang tempat tinggal


SANDAKAN - Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah di Kampung Jang dekat sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Seorang daripada mangsa, Samsiah Bone, 48, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan mereka sekeluarga dan penghuni di rumah bersebelahan gagal menyelamatkan barangan dan dokumen penting termasuk peralatan sekolah.

Samsiah yang tinggal di rumah kakak sepupunya menetap di kawasan berkenaan sejak 20 tahun lepas.

Jiran Samsiah, Albaina Utal, 29, berkata dia bersama keluarganya kini menumpang sementara di rumah jirannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Calixtus Sedilis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.20 tengah hari.

Katanya operasi memadam kebakaran itu melibatkan 13 anggota bomba menggunakan tiga jentera dan tamat pada pukul 1.23 tengah hari.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

No comments:

Post a Comment