Search This Blog

Thursday, August 1, 2013

Hasrat penarik beca jadi kaya berkecai



KUALA LUMPUR - Hasrat penarik kereta untuk menjadi kaya menerusi penjualan dadah tidak kesampaian apabila makmal dadah, yang diusahakannya selama setahun di Wangsa Maju di sini, diserbu Jabatan Narkotik Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
 
Polis menahan suspek berusia 40 tahun itu dan teman wanitanya, 28, di sebuah rumah di Wangsa Maju setelah melakukan intipan tiga hari.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata susulan tangkapan itu, polis menemui makmal berserta peralatan dan bahan untuk membuat dadah jenis methamphetamine atau syabu.
 
"Polis turut menemui 81 gram dadah syabu disembunyikan di dalam coli dan seluar dalam teman wanita lelaki itu semasa pemeriksaan menyeluruh dijalankan di lokap polis," katanya pada sidang berita di sini hari ini.
 
Selain itu, polis merampas peralatan makmal dan dadah termasuk heroin (232 gram), eramin 5 (28 gram), empat botol kaca 2.5 liter asid hidroklorik cair, empat botol sodium hidroksida, sebotol cecair metanol, sebotol cecair 'drain opener' dan seunit pam vakum.
 
Beliau tidak menyatakan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu dan pasangan itu direman sehingga 6 Ogos.  - Bernama

No comments:

Post a Comment