Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Bekal ganja ke penjara guna anak panah


Washington: Seorang lelaki membalut ganja pada anak panah dan melepaskannya dari busur ke arah tingkat dua bangunan penjara untuk membekalkan dadah itu kepada banduan, lapor media semalam.

David Wayne Jordan bagaimanapun tertangkap tetapi dia mempunyai alasan apabila disoal siasat.


Pegawai polis Bellingham, Bill Elfo berkata, Jordan, 36, mendakwa kononnya dia menyasarkan panah itu ke arah tupai.

“Bagaimanapun Jordan tidak mempunyai hujah mengapa aktiviti memburu tupai memerlukan dia membalut anak panah dengan ganja,” katanya.


Elfo berkata, Jordan cuba menghantar dadah itu kepada banduan yang ada di kawasan rekreasi terbuka di tingkat dua penjara pada pagi kelmarin.


Jika disasarkan dengan tepat, anak panah itu mungkin boleh memasuki ruang rekreasi berkenaan.

“Tetapi anak panah Jordan tersangkut di atap bangunan,” katanya. Maklumat daripada orang awam membolehkan pihak berkuasa menahan Jordan sejurus selepas dia bergegas meninggalkan kawasan itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment