Search This Blog

Sunday, August 4, 2013

Asyik bersolek punca kemalangan


London: Hampir separuh daripada wanita mengakui mereka mengenakan solekan ketika memandu terutama disebabkan terlewat bangun hingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Kira-kira 46 peratus mengakui melakukan solekan, kebanyakannya ketika berhenti di lampu isyarat atau ketika dalam kesesakan.
Sebanyak 43 peratus pula melakukannya walaupun mengetahui perkara itu adalah salah.

Pihak insurans menganggarkan sekurang-kurangnya 450,000 kemalangan berlaku setahun disebabkan pemandu wanita mengenakan solekan.

Tetapi, hanya 14 peratus mengakui bersolek ketika memandu menjejaskan pemanduan mereka, kata satu kajian pendapat terhadap 1,000 wanita oleh pakar solekan, Debra Robson.

Pengilat bibir, maskara dan gincu adalah alat solekan yang biasa digunakan wanita ketika sedang memandu.

Kesuntukan masa
Alasan kebanyakan wanita ini adalah disebabkan kesuntukan masa. Kira-kira satu perlima mendedahkan mereka mengambil masa lima minit untuk mengenakan solekan ketika memandu setiap pagi.

Kira-kira enam daripada sepuluh responden atau 63 peratus mengenakan solekan ketika dalam kereta api dan 43 peratus melakukannya ketika dalam bas.

Produk kecantikan yang popular digunakan mereka ketika dalam kenderaan adalah pengilat bibir (35 peratus), maskara (30 peratus), gincu (25 peratus), pemerah pipi (6 peratus) dan penggaris mata (4 peratus).

Ambil masa lama

Kira-kira satu perlima (21 peratus) mengambil masa lima minit untuk bersolek di dalam kenderaan, manakala 42 peratus menghabiskan masa 10 minit dan 22 peratus lagi menghabiskan masa 20 minit.

Hanya 10 peratus wanita menghabiskan masa 30 minit atau lebih untuk mengenakan solekan sebelum ke tempat kerja dan lima peratus mengatakan mereka tidak mengenakan solekan ke pejabat.

Kebanyakan wanita profesional melakukan apa saja ketika dalam keadaan tergesa-gesa, terutama pada waktu pagi apabila mereka terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa, kata Robson dari klinik Debra Robson Harley Street, London.

AGENSI 

No comments:

Post a Comment