Search This Blog

Friday, August 30, 2013

5 warga Thailand tawar seks, urutan batin ditahan


Alor Setar: Polis menahan lima tukang urut warga Thailand di sebuah pusat urut di Taman Perindustrian Bandar Baru Mergong, di sini, kerana menawarkan khidmat seks dan urutan batin, dalam serbuan awal pagi semalam.

Semua wanita berusia 21 hingga 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan bermula jam 11.50 malam kelmarin.
Ketua Operasinya, Asisten Superintendan Roslan Masjin, berkata dalam serbuan itu, lima pelacur terbabit dikatakan sedang menunggu pelanggan masing-masing dengan berpakaian seksi, manakala seorang daripada mereka dipercayai sedang melayan seorang lelaki.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, ada lima tilam yang dikhaskan untuk mengurut dan ditutup dengan tirai yang dipercayai sudah lama beroperasi serta berselindung di sebuah pusat mengurut kaki, di sini.

Salah guna pas lawatan kerja

“Kita yang menerima laporan berhubung kegiatan pelacuran di situ, membuat pemantauan sebelum saya menyamar sebagai pelanggan untuk mengetahui perkhidmatan yang disediakan di situ.

“Ketika itu, seorang wanita Thailand memberitahu pakej perkhidmatan yang disediakan di situ termasuk perkhidmatan seks, selain urutan badan RM30 sejam,” katanya.
Roslan berkata, wanita itu kemudian meminta beliau membuka pakaian, sebelum dia ke dapur untuk mengambil kondom dan ketika itu beliau terus memperkenalkan diri sebagai pegawai polis sebelum semua anggota polis masuk untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, mereka memiliki pasport, tetapi dipercayai menyalahgunakan pas lawatan kerja dengan menjadi pelacur di situ.

“Ketika itu, terdapat seorang lelaki tempatan berusia sekitar 30-an sedang dilayan seorang daripada wanita Thailand terbabit dengan urutan batin.

“Kita percaya pelanggan lebih ramai datang ke premis itu sekitar awal pagi berikutan lokasi bangunan yang terletak di bahagian belakang dan terlindung daripada jalan utama berhampiran sebuah pasar raya di sini,” katanya sambil menambah polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil perniagaan itu, kondom sudah digunakan dan pakaian mereka untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959 kerana melanggar syarat pas.

No comments:

Post a Comment