Search This Blog

Saturday, August 10, 2013

14 keluarga beraya dalam duka

BEBERAPA penduduk mencari barangan yang masih boleh digunakan selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Sentul Pasar kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kemeriahan 1 Syawal yang diraikan umat Islam di seluruh negara kelmarin seperti tidak bermakna kepada 14 keluarga apabila rumah mereka di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam kebakaran.
Kejadian pada pukul 9.50 malam itu memusnahkan 11 buah rumah yang dihuni 14 keluarga.
Namun tiada kecederaan dilaporkan kerana kejadian berlaku ketika para penghuni pulang beraya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.52 malam dengan menghantar lima jentera dan anggota untuk memadam serta mengawal kebakaran.
"Kedudukan rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan kemusnahan besar dalam masa yang singkat.
"Kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke tempat kejadian kerana sumber air agak jauh," katanya yang masih menyiasat punca dan jumlah kerugian.
Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kerana ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baharu, Kedah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2bVsbKSbz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment