Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Usaha selamat mangsa sukar


Blang Mancung (Indonesia): Penyelamat semalam terpaksa berdepan kesukaran melepasi tanah runtuh dan laluan terhalang untuk tiba ke tempat mangsa gempa bumi di wilayah Aceh yang membunuh sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk beberapa kanak-kanak yang terkorban apabila sebuah masjid runtuh.

Lebih 200 orang turut cedera di kawasan pedalaman dan pergunungan Aceh apabila gempa bumi sekuat 6.1 magnitud berlaku kelmarin dan menyebabkan banyak bangunan ranap selain bencana tanah runtuh, Di Kampung Blang Mancung, Aceh Tengah, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut apabila sebuah masjid runtuh ketika mereka membaca al-Quran.


Ketua unit bantuan bencana alam daerah, Subhan Sahara berkata, maklumat awal menyatakan 14 kanak-kanak lagi terperangkap dalam runtuhan itu.



Bagaimanapun, sehingga semalam tiada mayat lain ditemui di situ.


“Ini adalah gempa bumi terkuat pernah melanda daerah ini,” katanya. Subhan berkata, orang ramai masih ketakutan terutama apabila melalui merasai gegaran susulan malam kelmarin. “Gempa bumi itu menyebabkan banyak tanah runtuh.


“Penduduk kampung tidak boleh keluar dari kawasan itu kerana pokok tumbang dan timbunan tanah menghalang laluan,” katanya. Hospital utama di daerah itu pula dipenuhi orang ramai, memaksa pihak yang berkenaan memasang khemah tambahan di kawasan meletak kenderaan bagi menerima pesakit.

Subhan berkata, mereka berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan air bersih.


Kesukaran tiba ke lokasi bencana juga memaksa pihak yang berkenaan menggunakan sebuah helikopter dari Riau untuk membantu operasi menyelamat, manakala pesawat udara tentera dihantar bagi menilai kemusnahan yang berlaku. Jurucakap agensi bencana alam Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ribuan bangunan dan rumah musnah akibat gempa bumi itu. “Kematian dicatatkan di beberapa tempat di dua kawasan paling teruk terjejas di Aceh Tengah dan Bener Meriah,” katanya.- AFP

No comments:

Post a Comment