Dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga peserta wanita berusia lingkungan 20-an itu dilanggar sebuah kereta jenis PROTON Iswara berwarna merah di kawasan perumahan.
Seorang peserta larian itu, Ain Azwan, 28, berkata kejadian berlaku terlalu pantas sebelum mendengar jeritan tiga mangsa yang ketika itu sudah terlantar kesakitan di atas jalan raya.
Katanya, larian itu bermula sekitar jam 7.30 pagi dan peserta perlu melalui kawasan perumahan, apabila sebuah kereta PROTON Iswara tiba-tiba datang serta membuat pusingan U sebelum merempuh tiga peserta yang berada di situ.
“Lebih malang, pemandu kereta itu tidak memberhentikan kereta, sebaliknya memecut meninggalkan kawasan kejadian. Beberapa peserta cuba menghalang kereta itu, tetapi pemandunya terus memecut,” katanya dihubungi, semalam.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, berkata pihak penganjur memberikan bantuan perubatan segera kepada tiga peserta terbabit, sebelum mengejarkan mereka ke PPUM untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Ketiga-tiga mereka mengalami luka dan lebam serta dibenarkan keluar pada hari sama selepas menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan. Kita doakan mereka segera sembuh.
“Pihak penganjur mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan semua peserta dan mengucapkan terima kasih kepada saksi yang memberikan maklumat penting mengenai kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata, pihak penganjur membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara dan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan pihak berkuasa terbabit.
No comments:
Post a Comment