Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Segera henti tabiat hisap shisha


SEORANG pelanggan sebuah restoran leka menghisap shisha. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kementerian Kesihatan meminta rakyat negara ini segera menghentikan tabiat menghisap shisha kerana ia boleh mendatangkan kesan lebih buruk kepada kesihatan berbanding menghisap rokok.
Menterinya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihak kementerian kini berusaha memperhebatkan penjelasan mengenai keburukan menghisap shisha termasuk mengkaji untuk mengharamkan aktiviti itu.
“Buat masa ini pihak berkuasa belum dapat melaksanakan pengharaman terhadap tabiat menghisap shisha ini kerana aktiviti tersebut tidak tersenarai di bawah undang-undang berkaitan tembakau di negara ini.
“Apa pun, tabiat menghisap shisha ini sepatutnya diklasifikasikan di bawah undang-undang berkaitan tembakau kerana ia juga dilihat asas aktiviti itu daripada produk berasaskan tembakau.

No comments:

Post a Comment