Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Remaja terjun dari tingkat satu elak ditangkap

JERANTUT 4 Julai - Seorang remaja lelaki sanggup terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di Sungai Jan di sini untuk melarikan diri apabila bilik yang disewanya diserbu sepasukan polis kelmarin.
Bagaimanapun dalam kejadian pukul 4.50 petang, remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan manakala seorang rakannya berusia 24 tahun turut ditahan dalam bilik tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail, remaja lelaki yang terjun itu mengalami sedikit kecederaan dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan.
"Kedua-dua remaja itu yang berasal dari Temerloh dan Mentakab kini ditahan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan dalam bilik hotel berkenaan, polis menemukan lima peket dadah jenis heroin seberat 31 gram dianggarkan bernilai RM1,500 hingga RM2,000.
Azid berkata, kedua-dua remaja terbabit ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130704/je_07/Remaja-terjun-dari-tingkat-satu-elak-ditangkap#ixzz2Y7JVA8SD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment