Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Rayuan pemandu teksi dibenar

PUTRAJAYA 8 Julai - Bekas pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Syafiah Humaira Sahari, 3, yang merupakan anak teman wanitanya, tiga tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap perayu selepas mensabitkannya atas kesalahan menyebabkan kematian kanak-kanak itu tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Beliau yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 26 Februari 2010.
Bekas pemandu teksi itu didakwa membunuh Syafiah Humaira di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari 2010. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130708/ma_04/Rayuan-pemandu-teksi-dibenar#ixzz2YRyNJRKa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment