Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Rahsia dua kelab malam sentiasa dipenuhi pelanggan terbongkar


sebahagian daripada GRO yang ditahan dalam serbuan di Taman KIP, Kepong, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 7 Julai - Rahsia dua buah kelab malam di Taman KIP, Kepong dekat sini yang sering dipenuhi dengan pelanggan sehingga pagi terbongkar selepas premis itu diserbu polis tengah malam tadi.
Dalam serbuan itu, seramai 26 gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk 12 warga asing berpakaian seksi dan menggiurkan ditahan.
Premis itu turut dikesan memaparkan gambar-gambar GRO di hadapan premis bagi menarik pelanggan.
Jurucakap polis memberitahu, serbuan dilakukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pukul 12.30 tengah malam.
Katanya, ketika ditahan, kesemua GRO yang berusia 16 hingga 36 tahun itu sedang ghairah menari tiang serta melayan pelanggan lelaki.
"Semakan mendapati 12 dari GRO ini adalah warga asing yang terdiri dari dua orang warga China, Vietnam (4) dan Thailand (6). Kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Polis juga mendapati dua premis yang diserbu ini dimiliki individu sama dan didapati beroperasi sehingga pukul 4 pagi kerana sentiasa memenuhi permintaan," katanya di sini malam tadi.
Jelas beliau, polis juga percaya, GRO terbabit boleh dibawa keluar untuk melakukan khidmat seks.
"Tips dikenakan GRO ke atas pelanggan pula bergantung kepada jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 hingga RM100.
"Kesemua GRO, seorang penjaga dan dua pekerja kelab dibawa ke Ibu Pejabat Polis Gombak untuk tindakan lanjut," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130708/wk_04/Rahsia-dua-kelab-malam-sentiasa-dipenuhi-pelanggan-terbongkar#ixzz2YRxlglQO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment