Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Premis makanan kotor diarah tutup

Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan MOHD. YUNUS YAKKUB

SEORANG pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menunjukkan bekas yang kotor serta hampir reput digunakan di sebuah premis makanan di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Sebanyak 17 restoran di Pulau Pinang diarah tutup serta-merta bermula semalam berikutan tahap kebersihan serta peralatan dapur diabaikan di premis terbabit.
Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu operasi Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.
Pengarah JKNPP, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, pemeriksaan dilakukan di 32 premis termasuk restoran nasi kandar yang beroperasi di daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut dan Barat Daya.
Menurutnya, daripada jumlah itu, pihaknya mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang gagal mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran makhluk perosak dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2Y1xuUZto 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment