Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Polis reman 3 atlet


Kuala Lumpur: Tiga atlet bola baling yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) berakhir semalam, ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kejadian rogol di perkampungan temasya sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Rabu lalu.

Penahanan tiga lelaki berusia belasan tahun itu dilakukan selepas seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga atlet membuat laporan di Balai Polis Serdang, di sini, mendakwa dirogol bergilir-gilir ketika dia dalam keadaan mabuk.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan berkenaan.

“PDRM memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan penggiat sukan.


“Kita akan lakukan siasatan terperinci mengenai kes ini,” katanya yang juga mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek. Akhbar semalam melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti berkenaan.


Siasatan lanjut mendapati mangsa pada mulanya mendakwa mengambil minuman keras bersama rakan sepasukan kerana tertekan selepas mengalami kekalahan dalam pertandingan.

No comments:

Post a Comment