Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Polis cari suami wanita warga China yang dibunuh

BALIK PULAU 23 Julai - Polis sedang mengesan suami kepada seorang wanita warga China yang dibunuh sebelum mayatnya dicampak dalam dusun durian berhampiran pagar Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort di Bukit Genting di sini pada 8 Julai lalu.
Goh In Gin, 36, beralamat terakhir di AZ-1-4, Blok A3, Rumah Pangsa Peringkat II, Taman Tun Sardon, Gelugor gagal dikesan dan dipercayai menghilangkan diri selepas mayat isterinya ditemui dengan beberapa kesan kelar di leher oleh seorang pengutip durian.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, pihaknya mencari lelaki itu bagi membantu siasatan kematian isterinya yang merupakan seorang perunding kecantikan.
Menurutnya, orang awam yang mengenali lelaki terbabit diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supritendan Mohd. Jalaluddin Sinin di talian 013-5000085 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada 16 Julai lalu, dua daripada tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini ditahan bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun seorang daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130723/je_08/Polis-cari-suami-wanita-warga-China-yang-dibunuh#ixzz2ZsfWZzge
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment