Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Polis buru lelaki miliki 7 rekod jenayah lampau


Kuala Lumpur: Seorang penagih dadah yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau diburu polis bagi membantu siasatan kes bunuh berhampiran pusat beli belah Times Square, Jalan Imbi, 16 Jun lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan curi kenderaan dan pernah ditangkap kerana memiliki senjata berbahaya.


“Berdasarkan siasatan lanjut dan rakaman percakapan saksi kejadian, suspek pernah dilihat berada di sekitar lokasi mangsa ditemui mati,” katanya.



Ku berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakancop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, seorang lelaki mati dipercayai ditikam bertubi-tubi dalam sebuah kereta di Jalan 1/77B, Off Jalan Imbi di sebelah pusat beli-belah Times Square.


Mangsa, dikenali sebagai Wong Fook Lum, 55, dari Petaling Jaya ditemui dengan kesan tikaman di rusuk dada bahagian kanan dalam kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran WJA 98, jam 10.50 pagi.

Menurut seorang penghantar ais krim yang menyaksikan kejadian itu, mangsa dan seorang suspek lelaki berusia 50-an bergaduh sebelum imangsa masuk ke dalam kereta.


Suspek kemudian dilihat memegang sebilah pisau sebelum melarikan diri menghala ke belakang Sungai Wang.

No comments:

Post a Comment