Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Penyokong kerajaan diserang, 16 terbunuh, 200 cedera


Kaherah: Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh 16 orang dan mencederakan 200 yang lain apabila mereka melepaskan tembakan ke arah penyokong kerajaan, kata Kementerian Kesihatan Mesir semalam.

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku tidak jauh dari Universiti Kaherah. Seorang penyokong Presiden Mohamed Mursi berkata, penyerang tidak dikenali itu menggunakan senjata api.


“Saya sendiri membantu menarik seorang lelaki yang ditembak di kepalanya,” katanya. Kelmarin, beberapa orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila pertempuran berlaku di antara penyokong presiden dan pembangkang di daerah Guizeh, selatan Kaherah. Pergaduhan turut berlaku di kawasan kediaman Helwan, Kaherah dan wilayah Beheira, utara Mesir. Penentang Mohamed Mursi turut ke jalan raya untuk mendesaknya meletak jawatan selepas tentera meminta beliau memenuhi “tuntutan rakyat” atau berdepan penyelesaian paksa. - AFP

No comments:

Post a Comment