Search This Blog

Monday, July 8, 2013

Penyeludup terbesar kokain diusir ke Itali


Rome: Seorang lelaki yang dipercayai penyeludup terbesar kokain di dunia tiba di bandar raya ini semalam selepas diusir dari Colombia setelah ditahan di sebuah pusat beli-belah di Bogota dengan pasport palsu Venezuela.

Roberto Pannunzi yang melarikan diri dari penjara di Itali pada 2010 kelihatan tersenyum sambil berbual dengan anggota polis ketika tiba di lapangan terbang di Rome.


Dia yang digelar oleh pihak berkuasa Colombia sebagai ‘Pablo Escobar Itali’ adalah anggota kumpulan mafia Calabria dari selatan Itali tetapi mempunyai hubungan rapat dengan kartel dadah Colombia dan Mexico.

Penyiasat berkata, Panunnzi, 65, yang dikenali oleh orang sekelilingnya sebagai ‘Bebe’ (Baby) terlibat merancang penghantaran kokain secara besar-besaran dari Amerika Selatan ke Eropah.


Pannunzi yang dihukum penjara 16 setengah tahun di Itali ditahan dalam operasi bersama antara polis Colombia dengan ejen Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA). - AFP

No comments:

Post a Comment