SEOUL 23 Julai - Hujan lebat yang melanda Korea Utara sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir kilat, sekali gus meragut lima nyawa penduduk awam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130723/lu_02/Lima-maut-akibat-banjir-kilat-di-Korea-Utara#ixzz2Zsar9InB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Agensi berita Korean Central semalam melaporkan, banjir kilat itu menyebabkan banyak kerosakan pada infrastruktur termasuk kediaman penduduk awam.
"Kira-kira 6,060 kediaman musnah, menyebabkan 23,770 penduduk kehilangan tempat tinggal," menurut laporan itu yang memetik sumber perkhidmatan cuaca.
Tiga orang turut dilaporkan hilang dalam bencana alam itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130723/lu_02/Lima-maut-akibat-banjir-kilat-di-Korea-Utara#ixzz2Zsar9InB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment