Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Lelaki nekad seludup mercun bernilai RM9,000 ditahan


ASP Shahidan Ladin (kanan) dan Sarjan Majer Che Lah Ibrahim menunjukkan sebahagian mercun bernilai ribuan ringgit yang diseludup masuk dari negara jiran bagi tujuan penjualan haram di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupa Bukit Kayu Hitam, Kedah hari ini. - UTUSAN
KUBANG PASU 23 Julai - Tindakan nekad seorang lelaki menyeludup masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api yang hanya ditutup dengan kain hitam di dalam keretanya mengundang padah selepas dia ditahan dalam sekatan jalan raya petang semalam.
Suspek berusia 38 tahun yang memandu kereta jenis Proton Persona itu ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam ketika melalui Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke Changlun, kira-kira pukul 4 petang.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Supritendan Shahidan Ladin berkata, hasil pemeriksaan menemukan barangan tersebut yang dianggarkan bernilai RM9,000 di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta itu yang bercermin gelap. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130723/je_07/Lelaki-nekad-seludup-mercun-bernilai-RM9000-ditahan#ixzz2Zsgfz0EW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment