Search This Blog

Sunday, July 14, 2013

Kemalangan: Pemandu maut tersepit di tempat duduk



PEKAN - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan bertembung dengan lori tangki di km 4, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, semalam.
 
Kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan Low Kam Sang, 49, dari Johor Bharu mati di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata Lee yang dalam perjalanan menuju ke Pekan dari Nenasi dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
 
"Pada masa sama, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak diesel datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan dipandu mangsa. Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.
 
"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dikeluarkan oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan," katanya di sini, hari ini.
 
Beliau berkata pemandu lori berkenaan, Azizan Salim, 49, dari Marang, Terengganu tidak cedera. - Bernama

No comments:

Post a Comment