Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Irfan didakwa pandu cuai

Oleh RADIAH SAORI

IRFAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam atas tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.


KOTA TINGGI – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal terbunuh dalam satu kemalangan di sini minggu lalu.
Irfan Ismail, 54, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Irfan yang merupakan pemandu lori tangki didakwa memandu secara melulu atau dengan cara merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pada 30 Jun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2Y1xFW6Fq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment