Search This Blog

Thursday, July 4, 2013

Hanya sempat larikan RM5,000


Miri: Seorang penjenayah bertindak nekad membuka pintu kereta milik seorang lelaki sebelum cuba merampas sampul berisi wang tunai RM50,000 berhampiran sebuah bank di Pusat Komersial Boulevard, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, penjenayah terbabit hanya mendapat RM5,000 selepas mangsa yang menyedari tindakan itu sempat menghalang perbuatan lelaki terbabit.


Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa berusia 31 tahun menemani rakannya, seorang kontraktor binaan mengeluarkan wang tunai RM50,000, sebelum berhasrat mengeluarkan sejumlah lagi wang di bank lain.



Menurut sumber, tanpa menyedari gerak-geri diperhatikan, rakannya yang berusia 41 tahun itu keluar daripada kenderaan sebaik tiba berhampiran bank, meninggalkan sampul surat berisi wang pada konsul gear kenderaan berkenaan.


Katanya, mangsa tidak mengunci pintu kenderaannya dan beberapa minit kemudian seorang lelaki tiba-tiba membuka pintu dan cuba mengambil sampul berisi wang itu.

No comments:

Post a Comment