Search This Blog

Tuesday, July 23, 2013

Gempa bumi China ragut 75 nyawa




BEIJING-CHINA. Dua gemba bumi kuat yang melanda barat laut wilayah Gansu, membunuh sekurang-kurangnya 75 orang dan menyebabkan 400 yang lain cedera.

Menurut kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), gempa bumi pertama melanda wilayah Dingxi dengan magnitud 5.98 dengan kedalaman hanya 9.8 kilometer.

Sejam kemudian, gempa bumi magnitud 5.6 pula melanda kawasan yang sama.

Menurut Pentadbiran Gempa Bumi wilayah Gansu, kawasan itu turut dilanda gempa susulan.

Sekurang-kurangnya 5,600 buah rumah di wilayah Zhangxian rosak manakala 380 buah rumah runtuh.

Talian telekomunikasi turut terganggu.

Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap mangsa dan menggesa operasi menyelamat dijalankan dengan baik.

No comments:

Post a Comment